Skip to main content

Bola Sepak

Sanggup mogok demi sertai Barcelona - Dembele

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dembele-cropped_ydql4x90n3261ap508km6sjuv.jpg
Ousmane Dembele tidak menyesali tindakannya yang melakukan mogok di Borussia Dortmund kerana berpendapat ia satu-satunya cara bagi memastikannya dapat menyertai Barcelona.

Dembele berhijrah ke Camp Nou dengan yuran perpindahan €105 juta (RM530 juta) bagi mengisi slot yang ditinggalkan Neymar yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod pembelian €222 juta (RM1.12 bilion).

Ketika perpindahan itu semakin hampir dilaksanakan, Dembele enggan berlatih bersama skuad kendalian Peter Bosz -- tindakannya itu turut menjejaskan kedudukannya dalam skuad Perancis.

Begitupun, pemain berusia 20 tahun itu tidak menyesali tindakannya.

"Saya kekal tenang," Dembele memberitahu Sport.

"Ia soal perbincangan di antara Barca dan Borussia.

"Saya tahu mengenai latihan itu tetapi saya memutuskan untuk tidak menyertainya. Saya mencari alasan untuk tidak pergi.

"Jika urusan perpindahan ini tidak berlaku dan jika saya tidak melakukan mogok, mungkin saya akan menyesali tindakan saya."

 

Advertisement

Must Watch Video