Skip to main content

Bola Sepak

Sancho sah sertai Manchester United selepas Euro 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jadon-sancho.jpg
Manchester United mengesahkan bahawa satu kesepakatan telah dicapai untuk menandatangani Jadon Sancho, yang akan melengkapkan perpindahannya selepas Euro 2020.

Sancho bakal menjadi pemain keempat termahal dalam sejarah United di belakang Paul Pogba, Harry Maguire dan Romelu Lukaku selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersertuju dengan tanda harga €85 juta (RM419.15  juta) yang ditetapkan Borussia Dortmund.

United mula berminat untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu sejak tahun lalu tetapi gagal mencapai kesepakatan itu memandangkan Dortmund enggan kehilangan aset berharga mereka.

Bagaimanapun, kelab Bundesliga itu mengesahkan semalam bahawa mereka telah bersetuju untuk menjual pemain sayap berkenaan -- yang tiba di Signal Iduna Park daripada Manchester City -- di mana The Red Devils akan melengkapkan perpindahan itu selepas pemain berkenaan menamatkan kempen Euro 2020 bersama skuad kebangsaan England.

"Manchester United gembira untuk mengumumkan ia telah mencapai kesepakatan awal dengan Borussia Dortmund bagi perpindahan Jadon Sancho," kata United dalam satu kenyataan ringkas.

"Perpindahan berkenaan kini hanya bergantung kepada terma kontrak dan ujian kesihatan, yang akan dilengkapkan Jadon selepas penglibatannya dalam Kejohanan Eropah."

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video