Skip to main content

Bola Sepak

Sancho hampir pasti sertai Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jadonsancho.jpg
Jadon Sancho bersedia untuk melengkapkan perpindahan ke Manchester United setelah pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu bersetuju dengan dengan Borussia Dortmund untuk pemain sayap England itu.

Difahamkan United akan membayar kelab Bundesliga itu GBP72.9 juta untuk Sancho, tanpa tambahan yang termasuk dalam perjanjian.

Ia akan menjadikan pemain berusia 21 tahun itu sebagai pemain keempat termahal dalam sejarah United di belakang Paul Pogba, Harry Maguire dan Romelu Lukaku.

Sancho ketika ini bertugas dengan England dalam Euro 2020, faktor yang mungkin melambatkan pemindahan diselesaikan.

Tetapi pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, berharap dapat memiliki bekas pemain pasukan pemuda Manchester City itu sebagai pilihan penyerang untuk perlawanan pembukaan pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Old Trafford 14 Ogos ini.

Sejak menyertai Dortmund pada tahun 2017, Sancho telah menjaringkan 50 gol dan memberikan 57 assist dalam 137 penampilan di semua pertandingan.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video