Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menjelaskan Alexis Sanchez "jauh daripada hampir" daripada menyertai Manchester City dan memberikan komitmen penuh bersama The Gunners.
Sanchez dijangka membuat penghijrahan ke City sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi tiada sebarang tawaran untuk pemain kebangsaan Chile itu.
Wenger menegaskan pemain berusia 28 tahun itu, yang akan tamat kontraknya pada pertengahan 2018, akan memberikan komitmennya sebagai pemain Arsenal.
"Jauh daripada hampir dan sukar untuk saya berbincang mengenainya kerana saya memerlukan pemain untuk memberikan tumpuan kepada kariernya, musim ini dan untuk Kelab Bola Sepak Arsenal," kata Wenger.
Ia dipercayai bahawa Arsenal sanggup membenarkan Sanchez meninggalkan Stadium Emirates jika mereka berjaya membawa masuk penyerang Monaco, Thomas Lemar.
Wenger mendedahkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu telah menolak tawaran bernilai GBP90 juta (RM503 juta) untuk bersama Arsenal.
"Saya tidak boleh memberitahu anda semua perkara yang berlaku kerana jika anda melepaskan seorang pemain yang berkualiti, anda perlu menggantikannya bagi memastikan pasukan dapat memberikan aksi yang terbaik."
Arsenal melakukan permulaan yang perlahan dalam saingan musim Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan tewas dalam dua daripada tiga aksi dan kini menduduki tangga ke-16.