Alexis Sanchez membuat "langkah besar yang besar" dalam kariernya di Manchester United menerusi jaringannya ketika menentang Arsenal dalam Piala FA semalam, kata pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.
Sanchez bergelut untuk menyerlahkan aksi dan kecergasan terbaiknya sejak menyertai United daripada The Gunners, Januari tahun lalu, namun dia menghasilkan persembahan bertenaga terhadap kelab lamanya itu di Stadium Emirates dengan meledak gol pertama dalam kemenangan 3-1.
Solskjaer amat mengagumi sikap penggempur Chile itu dalam latihan sejak mula mengendalikan skuad itu bulan lalu dan Sanchez dilihat sudah bersedia untuk memainkan peranan utama bersama United.
"Dia seorang pemain yang sangat rajin, yang membanggakan dan dia bertekad untuk membuktikan nilainya," katanya. "Dia dalam keadaan hebat sejak saya datang. Usahanya dalam sesi latihan begitu cemerlang.
"Malangnya, dia mengalami kecederaan tetapi saya fikir aksi kelmarin adalah langkah besar untuknya."
Bagaimanapun, Solskjaer menegaskan Sanchez tidak akan menerima apa-apa layanan khas untuk membantunya mendapatkan prestasi konsisten hanya kerana kerana dia menikmati gaji sebanyak £391,000 (RM2,1 juta) seminggu.
"Semua orang mendapat layanan yang sama kerana terdapat ramai pemain yang bagus di dalam bilik persalinan, jadi mereka perlu membuktikan nilai diri sendiri," katanya.
"Mereka tidak akan dinilai berdasarkan tanda harga, saya tidak berminat dengannya atau pendapatan yang mereka peroleh. Apa yang saya minati ialah apa yang mereka boleh tawarkan kepada pasukan tetapi dia benar-benar mahu menjadi sebahagian daripadanya."
Kemenangan United di Arsenal turut menyaksikan Jesse Lingard dan Anthony Martial mencetak nama selaku penjaring, iaitu kemenangan kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan sejak Solskjaer mengambil alih tugas daripada Jose Mourinho bulan lalu.
Bekas penyerang itu mencabar pemainnya untuk tidak cepat berpuas hati kerana mereka perlu bersedia untuk menyambut Burnley di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana, Rabu depan.
"Kami hanya memandang ke depan dan perlawanan seterusnya. Hari ini akan menjadi langkah penting untuk kami. Kami dijangka menang untuk aksi liga di laman sendiri," katanya.
"Selepas kemenangan penting seperti ini, sikap cepat berpuas hati mungkin ancaman terbesar buat kami tetapi berdasarkan sikap pemain, saya tidak fikir ia akan berlaku."