Skip to main content

Bola Sepak

Salam takziah, bekas penolong jurulatih Negeri Sembilan kembali ke Rahmatullah

ahmad.jpg
Bekas pemain dan penolong jurulatih Negeri Sembilan, Ahmad Osman, menghembuskan nafas terakhir jam 7.00 pagi, hari ini.

Berita kehilangan individu penting dunia bola sepak itu dikhabarkan oleh kelab Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan. 

Ahmad Osman dikenali sebagai figura yang banyak mencurahkan khidmat bakti kepada pembangunan akar umbi skuad muda Negeri Sembilan.

 

Allahyarham menyarung jersi Negeri Sembilan selama lebih satu dekad dan merupakan antara watak penting dalam kejayaan pasukan mara ke final Piala Malaysia 1994.

Salam takziah. 

Advertisement

Must Watch Video