Skip to main content

Bola Sepak

Salah selamatkan hari terakhir Liverpool daripada kekalahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah.jpg
Jaringan lewat Mohamed Salah memberikan keputusan seri buat LIverpool dalam aksi penamat Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Crystal Palace di Anfield.

Tuan rumah mempamerkan permulaan yang perlahan dan ketinggalan seawal minit kesembilan apabila Tyrick Mitchell membuka ruang buat Ismaila Sarr meledak gol pembukaan.

Liverpool berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Luis Diaz dan Diogo Jota, namun tugas mereka bertambah sukar apabila Ryan Gravenberch dilayang kad merah atas terjahan ke arah Daichi Kamada ketika permainan berbaki 20 minit.

Bagaimanapun, tuan rumah mengatasi kelebihan pemain pelawat apabila Salah menyamakan kedudukan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
 

Gol lewat itu menyaksikan pemenang Piala FA Palace terpaksa berpuas hati dengan di tempat ke-12 liga, namun akan membuat persiapan menghadapi saingan Liga Europa musim hadapan.

Advertisement

Must Watch Video