Skip to main content

Bola Sepak

Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

refaat.jpg
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.



Pemain berusia 31 tahun itu menemui ajal pada awal pagi semalam berikutan kesihatannya yang merosot. 

Refaat rebah di atas padang akibat serangan jantung ketika bermain untuk kelab tempatan, Modern Sport, di Kaherah pada 11 Mac lalu. 

Kelab kemudian mengesahkannya telah dikejarkan ke hospital. 

 

Salah kemudian menyiarkan imej Refaat disertai mesej di saluran media sosialnya, X, dengan berkata: "Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarganya dan semua orang yang dikasihinya."

Selepas itu dia berada dalam keadaan koma selama sembilan hari dan minggu lalu, media dimaklumkan bahawa kesihatannya kembali di tahap yang membimbangkan, sekali gus tidak boleh beraksi lagi. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video