LIVERPOOL 3 SOUTHAMPTON 1
Mohamed Salah percaya keupayaan Liverpool untuk menang tanpa bermain dengan baik merupakan ciri-ciri sang juara, selepas mereka bangkit menumbangkan Southampton 3-1 di Anfield, tengah malam tadi.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selesa dengan jarak 16 mata walaupun dihambat Arsenal selepas dua jaringan sepakan penalti dalam separuh masa kedua daripada penyerang Mesir tersebut memastikan The Reds memadam defisit 0-1 dalam babak pertama.
Tatkala Arsenal mempunyai dua baki perlawanan di dalam tangan -- menentang Manchester United dan Chelsea -- barisan asuhan Arne Slot itu kini hanya memerlukan 16 mata lagi untuk menjamin kejuaraan.
Selepas perlawanan, Salah ditanya sama ada The Reds telah menunjukkan kualiti sang juara, lantas dia memberitahu Premier League Productions: "Ya, kerana saya tidak fikir kami bermain dengan baik hari ini.
"Mungkin dalam babak kedua, kami bermain sedikit lebih baik tetapi dalam separuh masa pertama, kami langsung tidak beraksi dengan baik. Begitupun, jika anda mahu memenangi Liga Juara-Juara (UCL) mahupun EPL, anda perlu memenangi perlawanan seperti ini."
Ditanya mengenai amant Slot ketika rehat, Salah menambah: "Ada sedikit kekecewaan. Pengurus, meluahkan apa yang terbuku.
"Tetapi kadang-kadang itulah sesuatu yang di perlukan kerana dalam babak pertama, permainan kami hambar. Rentak kami perlahan dan kami mengambil masa dan pada minit terakhir, mereka berjaya bangkit.
"Tetapi kami kini lebih berpengalaman, kami mampu menguruskan situasi itu dan saya gembira kerana kami berhasil melakukannya."

It's been 175 days since Liverpool last lost a Premier League match ? pic.twitter.com/TBInwQYdhy
— Premier League (@premierleague) March 8, 2025