Skip to main content

Bola Sepak

Salah hampir pasti beraksi untuk Mesir

mohamedsalah.jpg
Mohamed Salah hampir pasti beraksi untuk Mesir dalam aksi pembukaan Piala Dunia berdepan Uruguay, jelas jurulatih, Hector Cuper.

Salah mengalami kecederaan bahu ketika Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL), 26 Mei lalu, tetapi dijangka pulih dan bakal beraksi di Russia.

"Perkembangan Salah amat baik, dia pulih dalam tempoh yang sangat cepat," kata Cuper.

"Kami akan terus menilai Salah dan saya pasti dia akan beraksi untuk Mesir.

"Kami sedang berusaha untuk memberikan keyakinan kepadanya -- untuk kembali beraksi."

Salah hadir ke Russia dengan musim yang cemerlang bersama Liverpool selepas mencipta 44 gol dalam 52 penampilan untuk semua kejohanan dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik PFA.

Pemain sayap itu terlepas tiga aksi pemanas badan Piala Dunia ketika tewas kepada Belgium dan seri dengan Kuwait dan Colombia.

Selepas berdepan Uruguay, Mesir akan berdepan Russia sebelum aksi terakhir dengan Arab Saudi.
 

Advertisement

Must Watch Video