Skip to main content

Bola Sepak

Saksikan Kemuncak Final Unifi Piala Malaysia 2024/25 Bersama Artis Terkenal Tanah Air!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kemuncak.jpg
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemuncak Final Unifi Piala Malaysia 2024/25 antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini.

Astro akan menyajikan pengalaman luar biasa buat peminat sukan bola sepak tanah air di venue perlawanan mahupun di rumah dengan persembahan daripada artis terkemuka Malaysia sebelum aksi bermula dan ketika waktu rehat separuh masa pertama.

Selain persembahan daripada artis terkenal tanah air, penyokong yang hadir ke venue perlawanan turut berpeluang untuk ke sesi "Meet & Greet".

Saksikan di Astro Arena saluran 801HD dan Astro Arena Bola saluran 803 seawal jam 5:30 hingga 6:30 petang bersama hos terkenal iaitu Shah dari Gegar, Ray dari Sinar dan persembahan daripada Dinda Dania.

Dalam persembahan pra-perlawanan pada jam 7:25 sehingga 7:50 pula, penonton bakal disajikan dengan persembahan istimewa daripada Hael Husaini dan Nadeera di samping hos Shah, Ray dan Dina Nadzir.

Pentas akhir Final Piala Malaysia pula akan dibuka engan persembahan pembukaan daripada penyanyi terkemuka negara iaitu Dato' M. Nasir selain persembahan pada separuh masa pertama bersama ratu rock negara iaitu Ella.

Saksikan secara langsung pentas akhir yang epik antara Harimau Selatan dan Tok Gajah di Astro Arena saluran 801HD dan Arena Bola saluran 803 atau strim langsung di Sooka, AstroGo dan maklumat terkini di Stadium Astro.

Satu Pentas. Satu Suara. Malam Epik Pentas Akhir!
 

Advertisement

Must Watch Video