Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tidak mampu bersikap positif apabila disoal mengenai sejauh mana tahap kecederaan Bukayo Saka dan Declan Rice berikutan keputusan seri 1-1 di Chelsea semalam.

Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan lebih awal mengenai masalah di kakinya, manakala Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal selepas beraksi dengan ibu jari kaki yang patah.

Walaupun kecederaan mereka menjadi masalah buat Arteta, kedua-dunya masih disenaraikan skuad England untuk menentang Greece dan Republik Ireland.

Ia boleh menjadi tamparan buat pengurus sementara England, Lee Carsley sambil Arteta meragui anak buahnya itu mampu menghulurkan sumbangan.

“Ia kelihatan tidak bagus kerana bagi dua pemain utama seperti mereka dan minta untuk dikeluarkan adalah luar biasa,” kata Arteta kepada pemberita selepas perlawanan.


"Saya tidak menjangka mereka akan cergas untuk rehat antarabangsa kerana jika tidak, mereka tidak akan dikeluarkan."

Saka sudah terlepas dua perlawanan untuk The Gunners musim ini selepas dilanda kecederaan ketika rehat antarabangsa sebelum ini. Kelab London itu berdepan senarai kecederaan pemain utama yang panjang termasuk Martin Odegaard, yang membuat kemuncalan semulanya sejak tersisih Ogos lalu

“Apa yang saya doakan ialah selepas rehat antarabangsa, kami mempunyai pasukan yang lengkap daripada segi fizikal, bersedia dan cergas memandangkan ia telah menjadi mimpi ngeri buat kami selama lapan minggu lalu,” tambahnya.

"Keraguan demi keraguan, isu demi isu, ia bukan sahaja melanda pemain tercedera malah yang yang boleh beraksi."