Skip to main content

Bola Sepak

Saingan sengit punca Viktor Gyokeres kembali warnai EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

viktor-gyokeres.jpg
Pemain baru Arsenal, Viktor Gyokeres telah menyatakan bahawa dia telah menolak kelab lain sebelum melengkapkan perpindahan ke pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, The Gunners, bulan ini.

Gyokeres telah melakukan perjanjian jangka masa panjang bersama Arsenal selama lima tahun di Emirates, dengan jumlah (€72.6m) termasuk bayaran kepada Sporting CP.

Dalam pada itu, dia telah menjaringkan 68 gol sepanjang dua musim dalam liga Primeira, yang mana dia satu-satunya pemain dalam 10 liga teratas Eropah sejak berpindah ke Portugal dari Coventry City pada 2023.

Pemain berusia 27 tahun itu, memilih pasukan kendalian Mikel Arteta dan bersedia membuat penampilan sulung untuk kelab baharunya dalam pertembungan pramusim menentang Tottenham Hotspur di Hong Kong esok

"Saya tidak berpikir untuk kembali semula ke Liga Perdana Inggeris, tetapi ia merupakan liga terbaik dunia, sudah tentu semua pemain mahu beraksi dalam liga ini" katanya dalam satu temu bual lawatan pramusim Arsenal ke Asia.

Advertisement

Must Watch Video