Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, menganggap saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghalang sebarang pemasangan struktur konsert melegakan.

Jelas sekali isu padang ini perlu dipandang serius, apatah lagi lokasi ini merupakan venue utama untuk skuad kebangsaan menggalas misi negara.

Pada pandangan Safee, sebarang misi negara perlu diutamakan setiap pihak.

"Ini perkhabaran yang melegakan terutama peminat.

"Pemain sendiri berpeluang bermain di atas padang yang sangat baik.




"Sekiranya padang dijaga dengan baik, ia akan memberi kelebihan kepada tuan rumah," katanya kepada Nadi Weekend sebentar tadi.

Sekiranya tindakan segera diambil sebaik isu konsert Coldplay tahun lalu, keadaan mungkin akan lebih baik ketika bertemu Oman, bulan lalu.

Namun, keadaan menjadi sebaliknya maka tidak keterlaluan jika ia dijadikan sebagai alasan utama kekalahan 0-2 skuad Kim Pan-gon.

"Untuk mencapai keputusan positif, ia bukan sahaja daripada segi ke atas pemain sahaja.

"Padang harus diseliakan dengan baik, semua pihak harus memainkan peranan penting untuk mencapai kemenangan menentang Oman, tempoh hari.

"Sepatutnya ada jadual yang lebih awal untuk penjagaan padang kerana perlawanan ini sudah lama ditetapkan," katanya.