PIALA MALAYSIA
Safawi Rasid pilih gol terbaiknya ketika robek gawang Selangor
Penyerang Terengganu, Safawi Rasid, menjadikan jaringan terbaiknya musim 2024/25 adalah ketika perlawanan berdepan Selangor menerusi sepakan percuma dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024/25 di Gong Badak, September lalu.
Ketika ditanyakan mengenai jaringan terbaiknya daripada 13 gol yang dimilikinya, dia menjawab: "Gol ketika lawan Selangor, sepakan percuma dari bahagian kanan. Melepasi bahagian pertahanan." katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
“Gol paling cantik free kick lawan Selangor”, Safawi Rasid, Kapten Terengganu.👇👇👇https://t.co/stOJccE0fD@ASTROARENA pic.twitter.com/1RH2ZgYmFG— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 31, 2025
Iklan
Pemain berusia 27 tahun itu kini masih dalam status pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), dan telah menjaringkan 13 gol musim ini, dua bantuan jaringan daripada 27 penampilannya.
Skuad Penyu akan meneruskan kempen separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, esok.
Must-Watch Video