Skip to main content

Bola Sepak

Safawi Rasid berkelana ke Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safawi-rasid.jpg

Pemain sensasi, Safawi Rasid, dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjayanya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana, yang disiarkan oleh portal media antarabangsa, Main Stand-International, hari ini.

Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan apabila pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab berkenaan.

"Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan," kata Tanawat.

Safawi akan mengisi kuota pemain ASEAN di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun depan.

"Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya dalam Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami," katanya.

Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalamannya beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.

Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.

Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC pada 2021.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video