Skip to main content

Bola Sepak

Sabah tanpa tiga tonggak utama hadapi Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Ketua jurulatih Sabah, Martin Stano, mengakui pasukannya tempang tanpa kelibat tiga tonggak utama menjelang aksi Liga Super minggu ke-21 bertemu Sri Pahang di Likas, malam ini.

Dia bagaimanapun percaya barisan pemain sedia ada mampu menggalas tanggungjawab bagi melunaskan kekecewaan disingkirkan Sri Pahang dalam kempen Piala Malaysia 2 Februari lalu.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah penyerang, Joao Pedro yang telah dipinjamkan ke kelab Vietnam, Ho Chi Minh City, selain Stuart Wilkin yang masih belum cergas sepenuhnya.

Lebih parah, pengendali kelahiran Slovakia itu mengesahkan dia turut kehilangan khidmat seorang lagi pemain import iaitu Gabriel Peres yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Liga Super musim ini lebih awal selepas alami kecederaan lutut.

Stano menganggap 'The Rhinos' tidak boleh keciciran mata dalam baki tujuh perlawanan seandainya berhasrat untuk menamatkan saingan Liga Super di kelompok tiga pasukan terbaik.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video