Dengan hanya berbaki tiga perlawanan, tiada apa lagi yang mampu dicapai Sang Badak dalam saingan Liga Perdana musim ini, namun, skuad kendalian Jelius Ating itu tetap mahu meneruskan rentak baik mereka seperti dalam beberapa perlawanan lalu.
Pengurusnya, Datuk Juil Nuatim, berkata pasukan itu kini bersiap sedia untuk menghabiskan tiga perlawanan itu dengan cemerlang, sekali gus menyemarakkan lagi semangat mereka bagi membentuk skuad lebih manta, musim depan.
"Cuti panjang (saingan liga) baru-baru ini juga memberi kami peluang untuk melakukan persiapan bagi menghadapi baki perlawanan yang ada selain mula membentuk pasukan untuk musim depan.
"Ketua jurulatih kami juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membentuk pasukan supaya lebih mantap walaupun saingan liga berehat panjang.
"Beliau (Jelius) memendekkannya demi kebaikan pasukan, termasuk mengekalkan momentum mereka," katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan bertemu pasukan belia Papar, kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Sang Badak mudah menewaskan skuad belia Papar 6-0 sekali gus mengulangi keputusan baik ketika menundukkan pasukan pilihan Ranau, baru-baru ini.
Juil berkata, walaupun mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang tidak begitu kuat, namun sekurang-kurangnya pemain dapat mengekalkan kecergasan sebelum saingan liga bersambung.
"Di samping itu, jelajah perlawanan persahabatan kami di Ranau dan Papar ini juga memberi peluang kepada peminat boleh sepak untuk melihat pemain skuad senior dengan lebih dekat," katanya.
Sabah yang belum kalah dalam empat perlawanan mereka sebelum ini, kini berada di tangga ketujuh liga selepas mengutip 24 mata hasil daripada tujuh kemenangan, tiga seri dan sembilan kekalahan.
Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu juga telah mengesahkan kedudukan selamat mereka daripada tersingkir ke 'divisyen ketiga'.