Sang Badak kembali diperkuat pemain import dari Korea Selatan, Heo Jaenyong, apabila turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak, petang ini.
Pemain tengah, yang boleh beraksi di posisi pertahanan itu, kembali pulih daripada kecederaan selepas sebelum ini diketepikan dalam tiga perlawanan lalu.
Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, berkata pemain itu pulih lebih awal daripada dijangkakan dan beliau kemungkinan besar akan menyenaraikan Jaenyong dalam kesebelasan utamanya.
"Dia (Jaenyong) pulih lebih awal dari yang dijangkakan dan tidak sabar untuk beraksi semula. Pemain ini memang sangat bersemangat dan kalau lihat dia dalam latihan, memang nampak tidak ada masalah untuk menyenaraikannya," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, malam tadi.
Ketiadaan Heo menyaksikan Sabah mengharungi tiga perlawanan sebelum ini dengan tiga import sahaja, iaitu Francis Kasonde, Lee Gil Hoon dan Rodoljub Paunovic.
"Kehadiran semula Heo memang tepat pada masanya kerana esok (hari ini) kita kehilangan khidmat ketua pasukan, Rawilson (Batuil)," katanya.
Rawilson yang juga tonggak pertahanan tidak dapat disenaraikan kerana menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
Tempat Rawilson dijangka akan diisi Dendy Lowa untuk membarisi pertahanan bersama Francis, Jenius Karib dan Randy Baruh.
Heo pula akan menggerakkan bahagian tengah bersama Mohd Azizan Nordin, Sabri Sahar dan Lee manakala dua bahagian sayap akan diisi Maxius Musa, Ummareng Bacok atau Leopold Alfonso Otong.
Seperti biasa, Paunovic disandarkan sebagai penyerang tunggal manakala Rozaimie Rohim terus memikul tugas selaku penjaga gol utama.
Turut berada dalam senarai 18 pemain adalah Ahmad Azlan Zainal, Rico Nigel Milus, Mohd Azwan Abd Fatah, Hamran Peter dan Robson Rendy Rining.
"Kami akan hadapi ATM dengan misi memburu mata penuh. Kami mahu melebarkan rekod tanpa kalah selain mahu menebus kekalahan di tangan lawan sama pada pusingan pertama.
"Kami telah terus berkerja keras dalam latihan dan saya harap ia berbaloi. Saya percaya kalau pemain dapat memberikan persembahan terbaik, kami boleh capai sasaran bawa balik mata penuh," kata Jelius.