Bayern Munich tidak berminat dengan penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland, dan akan berfikir dua kali untuk menandatangani Ousmane Dembele daripada Barcelona, menurut Karl-Heinz Rummenigge.
Minggu lalu, juara Jerman itu dinamakan sebagai salah satu daripada empat kelab yang secara realistik mampu menandatangani penggempur sensasi berkenaan oleh ejennya, Mino Raiola, di samping Real Madrid, Barcelona dan Manchester City.
Raiola menjelaskan komen tersebut dengan menegaskan Haaland belum lagi terlintas untuk meninggalkan Dortmund tetapi bintang antarabangsa Norway itu -– dilaporkan mempunyai klausa pembelian €75 juta (RM356.6j) yang akan bermula pada penghujung musim ini -– terus dikaitkan dengan perpindahan.
Bagaimanapun, dengan Robert Lewandowski dalam prestasi hebat dan di bawah kontrak hingga akhir musim 2022-23, Rummenigge tidak percaya Bayern akan cuba memancing Haaland daripada seteru rapat Bundesliga itu pada tahun depan.
"FC Bayern tidak akan cuba mendapatkan Haaland," kata bekas pengerusi Bayern itu kepada Bild TV.
"Bukan hanya atas sebab kewangan, tetapi juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada Robert Lewandowski yang merupakan pemain nombor sembilan terbaik di dunia."
Sejak penampilan sulung Haaland untuk Dortmund pada 18 Januari tahun lalu, Lewandowski (100 gol) menjadi satu-satunya pemain dalam lima liga teratas Eropah yang melakar jaringan lebih banyak berbanding bekas penyerang Salzburg (74) itu dalam semua pertandingan.

Haaland bukanlah satu-satunya pemain terkenal yang disebut-sebut sebagai sasaran Bayern apabila pemain Barcelona, Ousmane Dembele, turut dikatakan di bawah radar pendahulu Bundesliga itu menjelang 2022.
Dembele akan menjadi ejen bebas pada penghujung musim ini dan bebas menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab baru bermula bulan depan, tetapi Rummenigge tidak melihat ada tempat buat pemain antarabangsa Perancis itu dalam pasukan Bayern yang sudah sarat dengan pemain bintang.
"Saya adalah peminatnya ketika dia beraksi untuk Dortmund. Dia seorang pemain yang hebat," katanya.
"Sejak itu sentuhannya tidak sama lagi. Bayern mempunyai Kingsley Coman, Leroy Sane, Serge Gnabry dan Jamal Musiala yang semuanya berada di tahap yang lebih tinggi pada masa ini.
"Walaupun Dembele akan menjadi ejen bebas, akan ada bayaran yang tinggi untuknya menurunkan tandatangan. Atas faktor kewangan, saya fikir FC Bayern akan berfikir dua kali mengenainya."