Skip to main content

Bola Sepak

Rozaini – Serian belum selamat tetapi kami sudah ada kelebihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_8523.jpg
Ketua jurulatih Serian, Rozaini Romainor, tetap merendah diri di sebalik keupayaan anak buahnya mempamerkan aksi terbaik menumpaska, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

“Alhamdulillah. Syukur kepada Allah di atas kejayaan pada malam ini (semalam). Pujian patut diberikan kepada pemain yang beraksi cukup berdisiplin sehingga mampu mengekang pergerakan Gua Musang.

“Biarpun menang tipis (1-0), kelebihan gol di tempat lawan cukup bermakna kepada kami dalam format timbal balik seperti ini. Kami akan baiki beberapa kelemahan yang ada sebelum membuat perhitungan terakhir di Kuching, 21 Mei ini,” katanya.

Rozaini, yang juga bekas pemain Piala Presiden Sarawak, menolak andaian skuadnya berada dalam kedudukan selesa bagi  mengulangi pencapaian Kuching muncul juara LBR, musim lalu.

“Kita masih mempunyai aksi pusingan kedua di tempat sendiri. Kami tidak perlu terlalu yakin kerana Gua Musang akan cuba bangkit untuk mengecewakan Serian. Permainan masih belum tamat dan kami akan berjuang bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kejuaraan di bumi Sarawak,” katanya.

Turun sebagai pasukan bukan pilihan, Serian tidak gugup beraksi di pentas final, sebaliknya berjaya mematahkan serangan demi serangan yang diatur Gua Musang bagi mencari gol pendahuluan.

Serian hampir mendapatkan gol pertama melalui rembatan pemain tengah, Paul Sambang, yang terus ke dakapan penjaga gol Gua Musang, Mohamad Alif Haikal pada minit ke-20.

Melalui satu serangan balas, Serian berjaya mendapatkan jaringan melalui Mahadi Razak yang menyungkit bola melepasi kawalan penjaga gol, Mohamad Alif, pada minit ke-48.

Biarpun Gua Musang terus melancarkan serangan bertali arus, namun kecekapan penjaga gol yang juga kapten pasukan, Rizal Ahmad, membolehkan Serian kukuh bertahan sehingga ke minit akhir permainan.

Kemenangan tipis ini terus memberi  keyakinan kepada pemain Serian untuk  berjuang lebih gigih dalam aksi final timbal balik di Stadium Negeri, Kuching pada 21 Mei ini, sekaligus mengulangi pencapaian terbaik Kuching, yang dinobatkan juara sulung LBR musim lalu.

Untuk rekod, Kuching berjaya menjulang Piala LBR apabila mengalahkan wakil Perlis, Padang Besar, 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video