Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo sumbang kemenangan kedua Rangnick

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo__1.jpg
Jaringan penalti Cristiano Ronaldo memberikan Ralf Rangnick kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Manchester United mengatasi Norwich City 1-0.

United gagal mencari jalan untuk menembusi gawang di Carrow Road namun telah diberikan peluang apabila Max Aarons menjatuhkan Ronaldo.

Penyerang Portugal itu bertindak selaku penjaring ketika perlawanan berbaki 15 minit, sentuhan penyudahnya bertindak sebagai pemisah ketika bertemu pasukan tercorot liga itu.
 

Kemenangan itu membenarkan United mendaki ke tangga kelima, berkongsi mata dengan penghuni tangga keempat, West Ham.



 

Advertisement

Must Watch Video