LIGA INGGERIS
Ronaldo seorang pemain 'seronok ditonton' -- Guardiola
Cristiano Ronaldo adalah 'seronok untuk ditonton' dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Pep Guardiola dan pengendali Sepanyol itu percaya bola sepak tidak akan dapat melihat bakat seperti bintang Manchester United itu lagi pada masa akan datang.
Ronaldo dan Guardiola akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan derby Manchester Ahad nanti, setelah membina saingan sepanjang hari-hari mereka di LaLiga sebagai penyerang Real Madrid dan jurulatih Barcelona masing-masing.
Pengendali Manchester City, Guardiola, cuba memujuk Ronaldo untuk menyertai pasukannya dari Juventus sebelum musim bermula, sebelum United masuk untuk memastikan kepulangan bintang Portugal itu.
Iklan
Tetapi walaupun selepas terlepas khidmatnya, Guardiola hanya memuji kemahiran penyerang veteran itu, memandang dia dan Lionel Messi sebagai kuasa utama generasi.
"Salah seorang yang terhebat dalam 15 tahun terakhir bersama Messi," kata Guardiola pada sidang media pra-perlawanan pada hari Jumaat ketika ditanya mengenai Ronaldo. "Kami tidak akan melihatnya lagi.
"Apabila anda mencapai perkara ini, anda berada di bawah pemerhatian setiap hari. Dia terlalu bagus dan sebagai penyudah, luar biasa - pemain terbaik. Ia adalah (menjadi) kegembiraan untuk ditonton pada tahun-tahun ini.
"Kami perlu mengeksploitasi permainan dan kekuatan kami untuk mengelak dia dekat dengan bola. Kami perlu mengawalnya. Salah seorangn yang terhebat -- mesin penjaring gol.
"Dia begitu kuat daripada segi mental. Dia mengendalikan tekanan ini tanpa masalah, [dan] hidup dengan jangkaan melalui kerjayanya dengan cara yang positif."
Must-Watch Video