Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, menyifatkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia dan dedikasinya dijadikan sebagai dorongan kepada rakan sepasukannya untuk terus memperbaiki prestasi permainan masing-masing.
Kapten Portugal itu menerima anugerah Ballon d'Or pada 2016 dan dilihat sebagai pilihan utama untuk memastikan dia mempertahankan gelaran tersebut untuk 2017.
Dengan itu, dia akan menyamai pencapaian Lionel Messi sebagai pemenang lima kali dan jurulatihnya tidak risau dengan status elit pemain berusia 32 tahun itu.
"Seorang pemain yang bagus, terbaik dunia. Saya sangat bertuah memiliki pemain yang berkualiti dan sangat profesional kerana mereka sentiasa memberikan motivasi antara satu sama lain," kata Zidane.
"Dia (Ronaldo) mungkin akan menyatakan 'saya mahu berehat hari ini', tetapi dia akan memberikan sokongan kepada pemain-pemain lain untuk menjadikan mereka lebih baik."
Zidane menikmati saat sebagai pengendali Real, menjuarai LaLiga musim lalu dan mempertahankan takhta Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengambil alih daripada Rafael Benitez pada Januari 2016.
"Tujuh trofi… banyak yang telah diusahakan kelab serta pemain-pemain telah memberikan yang terbaik.
"Saya gembira dengan apa yang saya lakukan… saya cuba menikmatinya sebaik mungkin kerana mengetahui saya perlu berhenti melakukannya satu hari nanti.
"Real adalah kelab terbaik dunia."
Dalam ketiadaan Ronaldo yang digantung lima perlawanan, Real seri dalam dua aksi LaLiga di laman sendiri dengan Valencia dan Levante.
Mereka akan memulakan cabaran UCL dengan menerima kedatangan APOEL ke Santiago Bernabeu, Rabu ini.