JUVENTUS 1 AC MILAN 0
Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa ini hanyalah permulaan buat Juventus selepas tandukannya sudah cukup untuk memastikan kemenangan Supercoppa Italiana menerusi kemenangan 1-0 ke atas AC Milan, awal pagi tadi.
Penggempur prolifik itu memecah kebuntuan selepas sejam aksi di Jeddah, Arab Saudi, itu berlangsung dengan usaha Milan untuk bangkit menjadi lebih sukar susulan Franck Kessie dibuang padang ketika menuju masa kecederaan.
Ia merupakan gelaran pertama Ronaldo sebagai pemain Juventus sejak tiba dari Real Madrid dalam kesepakatan bernilai €112 juta (RM524.7j) dan bintang Portugis itu berharap ini merupakan permulaan untuk gelaran yang lebih besar dan lebih baik.
Bercakap kepada Rai Sport, dia berkata: "Ia adalah perlawanan yang sangat sukar, ia berlangsung di bawah cuaca terik dan sukar untuk bermain di dalam keadaan ini.
"Kami bermain dengan baik, mencipta banyak peluang dan jelas sekali saya gembira kerana dapat menjaringkan gol kemenangan.
"Sememangnya saya menetapkan untuk memulakan kempen 2019 dengan trofi, saya meraih gelaran pertama saya bersama Juve dan saya sangat gembira.
"Bagaimanapun, ini hanyalah permulaan. Kami akan membuat satu persatu langkah. Kami sudah memenangi trofi ini, oleh itu kami harus berusaha keras lagi untuk mencapai misi yang seterusnya."
Sungguhpun saingan Serie A baru separuh jalan, Ronaldo meniti di landasan tepat untuk menambah gelaran di Itali dengan Juve masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dan memiliki kelebihan sembilan mata ke atas pencabar terdekat, Napoli.
Begitupun, Ronaldo enggan mengendurkan semangatnya dengan kejayaan itu dalam usahanya untuk memenangi gelaran utama bersama Juve.
"Serie A sentiasa menjadi sasaran utama Juve," tambahnya.
"Kami berada di puncak liga, namun ia adalah kejohanan yang sangat panjang dan ia akan menjadi lebih sukar, jadi kami perlu terus bekerja keras."