Cristiano Ronaldo masih berpeluang mewakili Portugal selepas ketua jurulatih baharu, Roberto Martinez, membuka pintu untuknya kembali bersaing bersama pasukan kebangsaan.
Perpindahan ke Al Nassr untuk Ronaldo selepas Piala Dunia berlaku selepas tempoh bergelora bagi pemain berusia 37 tahun itu menyaksikan dia dilepaskan Manchester United kemudian digugurkan oleh Fernando Santos semasa kempen Piala Dunia Qatar bersama Portugal.
Kini di Arab Saudi, masih belum jelas sama ada masa penyerang 196 kaps itu di pentas antarabangsa akan berakhir pada permulaan era baharu di bawah kendalian Martinez.
Bagaimanapun, bercakap pada majlis pembukaannya semalam, bekas bos Belgium itu mengesahkan dia akan bercakap dengan Ronaldo, dan pemain lain, sebelum membuat keputusan mengenai skuad.
"Keputusan perlu dibuat di atas padang. Saya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan. Saya mahu bertemu semua orang, dan mulai hari ini saya mahu bercakap dan bertemu semua pemain," katanya pada sidang media.
"Cristiano adalah sebahagian daripada senarai itu. Dia sudah 19 tahun dalam pasukan kebangsaan dan patut dihormati, mari kita bincang. Daripada situ, terpulang kepada saya untuk membuat senarai terbaik untuk Kejohanan Eropah.
“Esok kami akan mula bekerja untuk bertemu semua pemain, dan Cristiano adalah salah seorang daripada mereka.
“Kami akan memulakan proses bola sepak untuk cuba mengenali semua pemain yang akan dapat menyertai pasukan ini. Kami akan memberi peluang kepada semua pemain dan menghormati semua yang sudah berada dalam pasukan.
"Saya gembira kerana mereka berada di sisi saya. Ia satu proses yang perlu kami hadapi secara semula jadi, bertanggungjawab, dan kami akan membuat keputusan penting untuk pasukan."
Portugal memulakan kempen kelayakan mereka untuk Euro 2024 pada Mac menentang Liechtenstein dan Luxembourg.

Um novo ??́??? ao serviço de Portugal ??: bem-vindo, Mister Roberto Martínez! ? #VesteABandeira
— Portugal (@selecaoportugal) January 9, 2023
A new ?????? at ?? service: welcome, Coach Roberto Martínez! ? #WearTheFlag pic.twitter.com/TCDe3yzJr9