LALIGA
Ronaldo bukan setanding dengan Messi – Xavi
Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain bersejarah tapi bintang Real Madrid itu tidak boleh dibandingkan dengan Lionel Messi, kata pemain Sepanyol, Xavi.
Ronaldo dan bintang Barcelona, Messi – dua penyerang terulung era moden – sering diperbandingkan, dengan prestasi dan pencapaian kedua-duanya sentiasa diperhalusi.
Messi adalah pemegang rekod dengan lima kali memenangi Ballon d'Or tetapi Ronaldo dijangka akan menyamai pencapaian itu lewat tahun ini.
Iklan
Bagaimanapun, Xavi, bekas rakan sepasukan Messi, berkata tiada mana-mana pemain yang boleh diperbandingkan dengan maestro Argentina itu.
“Messi adalah jaguh daripada segi kolektif dan individu,” dia memberitahu Marca.
"Tapi buat Ronaldo, sebarang kaitan seumpamanya memerlukan lebih banyak lagi. Messi melakukan segala-galanya dengan baik.
“Jika seorang jurulatih mengarahkan, ‘Kita akan bermain dengan semua kita berlari ke bawah (membantu untuk bertahan), Messilah yang terbaik dalam perkara itu.
“Jika anda menyuruh Ronaldo bermain dengan satu atau dua sentuhan, saya tak tahulah jika dia adalah yang terbaik.
“Ronaldo adalah seorang perembat terbaik, dia menakjubkan dalam perkara itu dan seorang pemain bersejarah.
“Tapi dengan Messi, tiada perbandingan boleh dibuat. Dia adalah pemain terbaik di Barcelona dan dia masih akan menjadi yang terbaik jika bermain untuk (Diego) Simeone di Atletico Madrid."
Messi dan Xavi menghabiskan 11 musim bersama-sama di Barca, dengan meraih pelbagai trofi – antaranya empat kejuaraan Liga Juara-Juara.
Must-Watch Video