Skip to main content

Bola Sepak

Romelu Lukaku terpinggir jumpa Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lukaku.jpg
Simone Inzaghi mengesahkan Romelu Lukaku akan terlepas memperkuatkan Inter untuk pertemuan menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara (UCL) kerana kecederaan, tetapi dijangka pulih sebelum Piala Dunia Qatar.

Inter telah pun layak ke peringkat kalah mati pertandingan kelab utama Eropah itu selepas menewaskan Viktoria Plzen 4-0 dalam perlawanan hari kelima Kumpulan C, seterusnya menyingkirkan Barcelona.

Pemain antarabangsa Belgium itu meledak gol sebagai pemain gantian dalam kemenangan ke atas Plzen sebelum dimasukkan bagi membantu kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria, tetapi keadaan kecederaan hamstring kirinya bertambah parah.

 

Walaupun Inzaghi akan beraksi di Bayern tanpa penyerang pinjaman itu, awal pagi esok, dia percaya Lukaku sempat cergas sebelum Piala Dunia ketika Belgium memulakan kempen menentang Kanada pada 23 November.

"Dia mengalami sedikit masalah dengan hamstringnya dalam perlawanan Sabtu lalu ketika dimasukan," kata pengurus Inter itu. 

“Dia perlu berehat selama beberapa hari dan kemudian dia akan dinilai semula pada hujung minggu ini.

"Dia banyak menyumbangkan tenaga buat kami, kami berharap dapat menggunakan khidmatnya semula sebelum rehat Piala Dunia."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video