Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Risau nak tengok Piala AMEC di mana? Ini jadual perlawanan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala-amex-astro-ams.jpg
Skuad bola sepak negara akan memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 pada minggu kedua bulan depan.

Pasukan bimbingan Pau Marti Vicente itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor Leste

Harimau Malaya akan membuka kempen dengan bertemu Kemboja di Stadium Olimpik Phnom Penh pada 8 Disember depan.

Tiga hari kemudian, skuad negara akan melayani kunjungan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Malaysia seterusnya dijadualkan untuk bertandang ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi aksi bertemu Thailand pada 14 Disember depan sebelum menamatkan peringkat kumpulan dengan bertemu Singapura di SNBJ pada 20 Disember depan.

Ikuti perkembangan terkini Piala AMEC di Astro Arena dan Stadium Astro.
 

Advertisement

Must Watch Video