Skip to main content

Bola Sepak

Rekod tanpa kalah JDT masih bersih

jdt.jpg
Ketinggalan dua jaringan kepada bekas juara Liga Super sebanyak tiga kali, Kedah Darul Aman FC tidak mematikan semangat pemain-pemain Johor Darul Ta’zim yang juga merupakan juara bertahan Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut sebaliknya mereka bangkit untuk mencari jaringan penyamaan akhirnya berjaya dilakukan Corbin Ong dan Heberty Fernandes. 

Itu merupakan satu karakter sang juara yang dipamerkan Harimau Selatan apabila berjaya bangkit untuk mendahului Sang Kenari melalui Arif Aiman namun Amirbek Juraboev meyentap kemenangan JDT itu.

Keputusan seri itu telah menunjukkan satu permainan yang menarik dengan pergerakan kesegeraan dan keupayaan teknikal yang baik dipersembahkan oleh setiap pemain kedua-dua pasukan selain “game IQ”. 



Bukan itu sahaja kedua-dua menyajikan satu taktikal dan strategi yang begitu baik terutama daripada Nafuzi Zain yang mengunakan formasi 4-2-3-1 yang serupa dengan formasi yang digunakan Esteban Scolari dan menyebabkan Sang Kenari berjaya mengimbangi bahagian midfield.

Atas faktor itu juga, Kedah menyekat laluan tengah JDT dengan melakukan corak kombinasi ketika melancarkan serangan sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencipta kemenangan juga menjadi watak utama bagi kedua-dua pasukan ini dan kita dapat lihat karakter pemain-pemain import Kedah, khususnya ketua pasukan mereka Manuel Ott yang berjaya memainkan peranannya untuk memastikan rakan-rakan pasukan tidak berasa tertekan dan rendah diri apabila berhadapan dengan pemain-pemain Harimau Selatan yang punya kualiti yang sama di setiap bahagian. 





Ia membolehkan mereka untuk mendahului juara bertahan Liga Super itu sebanyak dua kali.

Bagi JDT pula mereka bijak mengunakan pengalaman yang ada untuk menyerap tekanan serta pantas menukar strategi permainan setelah ketinggalan. 

Setelah mereka lihat agak sukar untuk bermain melalui laluan tengah mereka pantas mengunakan pemain sayap seperti Juan Muniz dan Arif Aiman untuk mengunakan skil individu untuk memberi tekanan pada pertahanan lawan serta banyak melakukan hantaran lintang segera dan akhirnya Pemain Bernilai Kebangsaan, Arif, berjaya melakukan pendahuluan sekalipun Kedah menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir.

Dan atas pertukaran strategi itu juga yang menyelamatkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim musim ini yang masih kekal bersih.

Advertisement

Must Watch Video