Skip to main content

Bola Sepak

Reims raih tiket ke Ligue 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

reims.jpg
Reims memenangi promosi untuk kembali ke kancah Ligue 1 dengan baki lima perlawanan lagi hasil kemenangan 1-0 ke atas Ajaccio, awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan David Guion itu selesa mendahului saingan Ligue 2, namun pesta promosi mereka hampir terjejas susulan kegagalan memecah kebuntuan.

Bagaimanapun, kurang seminit selepas pengenalannya dari bangku simpanan, Grejohn Kyei muncul wira pada minit ke-76 untuk menjamin tuan rumah meraih tiga mata di Stade Auguste-Delaune.

Sementara itu, pesaing terdekat, Nimes, hanya mampu seri 2-2 di Bourg-en-Bresse, sekali gus membolehkan Reims kembali selepas tergelincir daripada kancah tertinggi Perancis itu, dua musim lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video