LALIGA
Real Madrid tepis spekulasi dikait Kylian Mbappe
Real Madrid menafikan bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk memancing penyerang Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Penggempur Perancis itu dijangka meninggalkan PSG sebaik kontraknya tamat pada musim panas depan dengan Bernabeu destinasi yang dijangkakan.
Begitupun, jaguh LaLiga itu telah menolak laporan bahawa mereka telah mengadakan sebarang perbincangan dengan pemenang Piala Dunia itu.
Iklan
Kenyataan kelab itu berbunyi: “Memandangkan maklumat yang diterbitkan oleh pelbagai media baru-baru ini mengenai spekulasi rundingan di antara Kylian Mbappe dan kelab kami, Real Madrid C.F. ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan tiada rundingan sedemikian berlangsung dengan pemain yang menjadi milik PSG.”Comunicado Oficial.#RealMadrid— Real Madrid C.F. (@realmadrid) November 4, 2023
Kelab Perancis itu menerima bidaan rekod dunia bernilai £258 juta (RM1.5b) daripada kelab Arab Saudi, Al Hilal, bulan lalu tetapi Mbappe menolak tawaran lumayaan berkenaan.
Must-Watch Video