Ini merupakan kekalahan pertama Zinedine Zidane sejak mengambul alih peranan ketua jurulatih Perancis.
Itali mencipta kebangkitan memukau untuk menewaskan Perancis 3-1 dalam perlawanan Liga Negara-Negara (UNL) di San Siro, awal pagi tadi.
Ia, merupakan kemenangan pertama Azzurri ke atas juara Piala Dunia 2018 itu dalam tempoh 64 tahun di tempat sendiri.
Italy beat France on home soil for the first time in 64 years with a 3-1 come-from-behind win in the Nations League 😤🇮🇹 https://t.co/OTIQMtyvi5
— B/R Football (@brfootball) November 12, 2026
Bintang Bayern Munich, Michael Olise, terlebih dahulu membuka jaringan buat pelawat, namun kelebihan itu sekadar bertahan 10 minit sebelum Francesco Pio Esposito dan Davide Frattesi segera meletakkan tuan rumah di hadapan 1-2.
Esposito menjadi wira juara Euro 2020 itu selepas menyempurnakan penalti, sekali gus membawa negaranya mendahului Kumpulan A1 dengan 10 mata.