Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid mahu elak bertemu Manchester City, kata Ancelotti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrygo.jpg
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, berharap pasukannya dapat mengelak daripada bertemu Manchester City dalam perlawanan play-off pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL). 

Real Madrid bakal berdepan sama ada City atau Celtic bagi merebut tempat ke pusingan 16 selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 meskipun meraih kemenangan 3-0 ke atas Brest.

Rodrygo menjaringkan dua gol sementara Jude Bellingham turut mencatat nama sebagal penjaring, namun keputusan perlawanan lain tidak memihak kepada Madrid untuk menamatkan saingan dalam kelompok lapan pasukan teratas.

Madrid yang tewas tiga daripada lima perlawanan pertama UCL musim ini kini meraih tiga kemenangan berturut-turut dan mara ke pusingan kalah mati dalam kesemua 29 penyertaan mereka.

Ancelotti, yang membawa Madrid menjuarai UCL tiga kali, menyingkirkan City dalam perjalanan menuju kejuaraan 2021-2022 dan 2023-2024.


 

Namun, pengendali itu berharap dapat mengelak daripada bertemu pasukan bimbingan Pep Guardiola tersebut sekali lagi.

“Kami tidak suka bermain menentang City tetapi jika perlu, kami akan lakukannya," katanya. 

"City mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi UCL berbanding Celtic."

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksiakan undian UCL 2024-2025!

Tonton siaran langsung pada esok, 31 Januari, di saluran CH822 pada jam 7 malam di beIN SPORTS 3.

Saksikan bagaimana perlawanan menarik bakal ditentukan dan ketahui siapa yang akan bertemu siapa dalam pusingan seterusnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video