Skip to main content

Bola Sepak

Raul tidak tahu minat Madrid terhadap Reinier

reinier.jpg
Legenda Real Madrid, Raul, merangkap ketua jurulatih pasukan remaja kelab itu, Castilla, tidak mengetahui apa-apa mengenai laporan perpindahan penyerang berusia 17 tahun, Reinier Jesus.

Reinier dikaitkan dengan perpindahan bernilai €30 juta (RM137.5 j) daripada Flamengo bulan ini dan pemain remaja itu dikatakan akan memeterai perjanjian bersama kelab ibu kota Sepanyol berkenaan selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-18 pada 19 Januari ini. 

Bagaimanapun, Raul, yang melatih bakat muda Madrid bersama pasukan simpanan, tidak tahu-menahu mengenainya. 

"Saya tidak dapat memberitahu anda apa-apa kerana saya tidak tahu apa-apa," katanya selepas kekalahan 1-2 skuad Castilla kepada Melilla.

"Anda perlu bertanya kepada (pengurusan tinggi) kelab atau orang lain, tiada siapa yang memberitahu saya mengenai hal ini."

Reinier menyumbat enam gol dalam 14 penampilan Serie A Brazil tahun lalu.
 


Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video