Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rasmi: Doa TMJ makbul, JDT rangkul 30 piala dalam masa 12 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Doa Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, termakbul melihat pencapaian membanggakan Johor Darul Ta'zim (JDT) sehingga kini. 

Tiada apa yang lebih bermakna berbanding menjadi saksi anak buah terus merangkul pelbagai kejuaraan domestik.

Kemenangan Harimau Selatan menewaskan Sri Pahang 2-1 dalam perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia menyaksikan gergasi Malaysia itu menyapu bersih 30 piala dalam tempoh 12 tahun. Satu rekod cukup menakjubkan. 

Juara 11 kali berturut-turut Liga Super diikuti lima gelaran Piala Malaysia, termasuk empat trofi Piala FA, satu kejuaraan Piala AFC, selain sembilan kali bergelar johan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) menceritakan perjalanan terbaik JDT. 

Untuk rekod, ini adalah final kelima berturut-turut JDT dalam pentas paling berprestij itu dan menyamai prestasi Selangor dan Kuala Lumpur untuk pulang dengan kejuaraan treble. 

Kejayaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu juga menjadikan ia gelaran kelima buat skuad kendalian Hector Bidoglio dalam Piala Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video