Skip to main content

Bola Sepak

Rashford patut salahkan diri sendiri, kata Rooney

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashford.jpg
Wayne Rooney menganggap Marcus Rashford hanya perlu salahkan diri sendiri selepas kariernya di Manchester United tenggelam.

Rashford meninggalkan United pada musim panas lalu untuk menyertai Barcelona secara pinjaman semusim dan gergasi Sepanyol itu mempunyai pilihan untuk membelinya. 

Rashford seronok dengan kehidupan di Barcelona dan tidak berhasrat untuk kembali ke United, apatah lagi penyerang England itu bertelagah dengan pengurus The Red Devils, Ruben Amorim.

Dia menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk separuh musim lalu dan dilarang menyertai latihan pramusim skuad United pada musim panas lalu yang mendorongnya menempelak bahawa persekitaran yang tidak konsisten di United menjadikannya puncanya berkelana. 

Namun, bekas kapten England dan United, Rooney berpesan kepada Rashford agar harus melihat diri sendiri apabila menyuarakan punca keretakan hubungannya dengan Manchester United

"Saya fikir persekitarannya tidak betul tetapi ia juga bergantung kepada diri sendiri," kata Rooney. 




“Jika anda tidak bermain dengan baik atau anda tersisih daripada pasukan maka saya rasa lebih mudah untuk menyalahkan persekitaran, sama ada itu betul atau salah.

"Saya fikir itu datang daripada cara anda mengendalikan diri sendiri. Dalam perlawanan, kami telah melihat bahawa dia sepatutnya mampu berikan aksi yang lebih baik, kami tahu dia mampu banyak berlari -- ia tiada kaitan dengan persekitarannya.

"Saya mungkin tersilap di sini, saya sangat sukakan Marcus sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang insan, tetapi saya fikir alasannya terlalu remeh"
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video