Ketua pasukan Barcelona, Rapinha, sudi mengeluarkan duit poket sendiri bagi memastikan penyokong Barcelona hadir ke Stadium Montjuic untuk menyaksikan perlawanan.
Tempat duduk yang digelar Ruang Animasi itu digantung sejak November lalu berikutan keengganan mereka membantu kelab melunaskan denda sebanyak €21,000 (RM116,017) yang dijatuhi Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) atas pelbagai isu melanggar peraturan.
Presiden Barca, Joan Laporta, sebelum ini mengancam untuk mengenakan larangan keras berkenaan sekiranya kumpulan penyokong itu enggan bekerjasama dalam soal pembayaran denda.
Bagaimanapun, Rapinha -- yang berharap kembali mendengar sorakan daripada Ruang Animasi yang terletak di tepi padang itu -- mengambil pendekatan untuk melunaskan denda tersebut.