Ivan Rakitic menegaskan bahawa dia mahu kekal di Barcelona dan berhasrat melanjutkan kontraknya di sebalik laporan yang mengaitkannya dengan Chelsea.
Pemain berusia 30 tahun itu merupakan sebahagian daripada tunjang kejayaan kelab sejak tiba daripada Sevilla pada 2014 untuk memenangi 12 trofi utama, termasuk tiga gelaran LaLiga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara (UCL) pada 2014-15.
Bagaimanapun, dengan ketibaan Frenkie de Jong dari Ajax, Julai depan, dengan kesepakatan bernilai €86 juta (RM404j), ia membuka pintu buat Rakitic untuk berhijrah ke Stamford Bridge pada akhir musim ini.
Barca dianggap bersungguh-sungguh untuk mengurangkan peruntukan gaji kelab dengan mengumpul dana melalui urusan perpindahan Rakitic di samping Philippe Coutinho dan Malcom yang menjadi antara pemain yang bergelut untuk mempunyai masa depan di kelab itu.
Namun, bintang Croatia itu tidak berniat untuk meninggalkan Barca dengan memberitahu Mundo Deportivo: "Ini soalan yang baik untuk diajukan kepada pengurus atau presiden.
"Orang yang mengenali saya tahu bahawa saya hanya ingin terus bermain di sini. Saya menghadapi situasi ini dengan tenang dan sedang menikmati musim ini.
"Saya kini berumur 30 tahun dan saya berada di kemuncak kerjaya. Saya mahu menikmati permainan dan tempoh di Barca.
"Saya mahu terus berada di sini dan jika saya dapat memperbaharui kontrak, saya akan berada di sini selama bertahun-tahun lagi.
"Terlebih dahulu, saya mahu mengharungi musim ini dengan hebat dan memenangi banyak trofi."