Skip to main content

Bola Sepak

PSG perlu beri masa pada Neymar, Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25917neymar.jpg
Pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti, percaya Paris Saint-Germain (PSG) masih lagi mencari identiti selepas menandatangani Neymar dan Kylian Mbappe.

PSG berbelanja sebanyak EURO222 juta (RM1.1 bilion) untuk mendapatkan bintang Brazil, Neymar, kemudian membawa masuk Mbappe -- bintang Monaco yang meraih gelaran juara Ligue 1 musim lalu -- secara pinjaman sepanjang musim dan membuat perpindahan secara tetap pada tahun berikutnya.

Tetapi bekas jurulatih PSG, Ancelotti, yang kembali ke Parc des Princes dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada awal pagi Khamis, percaya kelab Perancis itu perlu memberikan masa kepada dua pemain tersebut untuk menyesuaikan diri.

"Dengan kehadiran Neymar dam Mbappe, Paris masih lagi mencari identiti," katanya. 

"Di Bayern, mereka memiliki falsafah yang tersendiri dan identiti pasukan ini sangat jelas, sesuatu yang masih dicari-cari oleh PSG.

"Tetapi mereka sudah berada pada tahap yang terbaik. Ketika anda mendapatkan pemain yang mahal dan bersaing dalam saingan UCL, anda sudah memiliki pandangan dan sasaran untuk cemerlang pada pentas yang tertinggi," katanya.

Ancelotti teruja untuk kembali ke PSG, beliau mempercayai pasukan itu telah bertukar kepada sebuah kelab "gergasi" sejak meninggalkannya pada 2013.

"Saya sangat teruja. PSG sudah banyak berubah sejak saya meninggalkan kelab itu pada 2013. Mereka kini lebih berpengalaman dan telah banyak melabur untuk pemain-pemain  berkualiti.

"Saya gembira untuk menyaksikan Parc des Princes, penyokong serta pemain-pemain seperti Thiago Silva, Adrien Rabiot, Thiago Motta, Marco Verratti dan Javier Pastore.

"Kami memiliki hubungan yang baik, mereka merindui saya. Saya juga sentiasa berhubung dengan presiden kelab ([Nasser Al-Khelaifi)."
 

Advertisement

Must Watch Video