Skip to main content

Bola Sepak

Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyokong penuh projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi penekanan khusus kepada skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ menerusi X, Infantino yakin dan sedia menaruh kepercayaan terhadap inisiatif itu bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi salah satu kuasa bola sepak di dunia. 

 

Dalam masa sama, TMJ bersetuju untuk menyalurkan sokongan terhadap penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan terkini bola sepak negara.

Advertisement

Must Watch Video