Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al Khelaifi, memberikan ucapan tahniah buat Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas menerajui kejayaan dominan Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini.
Pasukan Harimau Selatan itu menoktahkan status selaku juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut selain 16 trofi lagi daripada peringkat akar umbi hingga ke skuad utama.
Perkara itu dikongsikan laman rasmi JDT hari ini dengan kelab gergasi dari Perancis itu turut menyatakan keterbukaan untuk membantu pasukan itu selain ucapan selamat maju jaya buat JDT menjelang final Piala Malaysia 2024/25 berdepan Sri Pahang nanti.
"Presiden PSG Nasser AL-Khelaifi ucap tahniah kepada DYAM pemangku Sultan Johor dan JDT.
"Presiden Kelab Bolasepak Paris Saint-Germain Nasser Al Khelaifi mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim atas kejayaan dominan musim 2024-25, memenangi Liga Super Malaysia kali ke-11 berturut-turut serta 16 lagi trofi termasuk Akademi JDT.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda dan semua individu di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim atas kejayaan bersejarah menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-11," menurut surat itu.
"Kejayaan Johor merangkul gelaran ke-11 berturut-turut sejak 2014 adalah bukti kepada visi dan kepimpinan anda yang jelas, dibantu dengan bakat serta dedikasi semua pihak di dalam kelab.
"Ianya sangat menakjubkan apabila Johor telah memenangi 16 trofi musim ini, dari pasukan junior hingga skuad utama, sekaligus menunjukkan komitmen pembangunan jangka panjang anda dalam bola sepak.
"Seperti biasa, saya sentiasa bersedia untuk membantu. Saya ucapkan selamat maju jaya buat anda dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim untuk final Piala Malaysia akan datang."