Skip to main content

Bola Sepak

Pra-perlawanan final Piala Malaysia: Liridon bakal hadirkan peranan penting buat Terengganu FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krasniqi.jpg
Liridon Krasniqi bakal mengambil peranan penting dalam usaha membantu Terengganu FC menjulang Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) esok.

Liridon dibenarkan beraksi di Final Piala Malaysia 2023 selepas pemain naturalisasi itu tidak lagi memegang status pemain pinjaman JDT. 
 

Berdepan bekas pasukan induknya, JDT, di final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, peranannya cukup penting dalam mencari ruang untuk menembus benteng akhir juara Liga Super itu.

Susuk tubuh tinggi lampai pemain itu kelihatan dalam sesi latihan pasukan Terengganu yang berlangsung di Stadium Cheras ketika ini.

Ikuti saluran Astro Arena bagi mendapatkan liputan penuh bagi menjelang aksi final Piala Malaysia yang bakal berlangsung esok.

 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video