LIGA SUPER MSIA
Pramusim: Selangor-Asia Warriors terikat tanpa jaringan
Selangor menamatkan aksi pramusim dengan terikat tanpa jaringan dengan Asia Warriors dalam perlawanan pertunjukan di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Asia Warriors merupakan pasukan yang dipenuhi pemain legenda dari rantau Asia, antaranya Keisuke Honda (Jepun), Razman Roslan (Malaysia), Baihakki Khaizan (Singapura), Stephan Schrock (Filipina) dan Greg Nwokolo (Indonesia).
Pasukan jemputan itu jelas masih memiliki sentuhan dan ia menyukarkan Selangor untuk merencana gerakan sepanjang 45 minit pertama.
Iklan
Peluang terbaik mereka hanya hadir menerusi penyerang baru, Wilian Lira, yang diselamatkan penjaga gol lawan sebelum ke bilik persalinan.
Honda hampir mencetuskan jaringan pembukaan menerusi sepakan percumanya pada awal babak kedua tetapi tandukan rakan sepasukannya ditolak keluar penjaga gol Selangor, Sam Sommerville.
Selangor turut memilik beberapa peluang tetapi ketumpulan penyudah menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Must-Watch Video



