Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Perak raih kemenangan tipis atasi Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-vs-kedah-pramusim.jpg
Perak meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan pramusim di Ipoh sebentar tadi.

Perlawanan kali ini juga menguji mental pemain kedua-dua pasukan dengan pelaksanaan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Pemain import, Luciano Guaycochea, muncul penjaring tunggal dalam perlawanan itu selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58.

Ia selepas pengadil, Faizudin Ismail, melakukans semakan VAR, yang mendapati pertahanan Kedah, Cleylton, mengasari Firdaus Saiyadi dalam kawasan penalti dan kesempatan itu tidak disia-siakan Guaycochea untuk menjaringkan gol kemenangan The Bos Gaurus.

 

Advertisement

Must Watch Video