Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: JDT teruskan rentak kemenangan atasi Costa City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) memperoleh kemenangan kedua dalam siri aksi persahabatan pramusim di Sepanyol.

Ini selepas Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas kelab yang berpangkalan di Elche, Costa City, di Estadi Olimpic Camilo Cano awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, tonggak serangan, Bergson Da Silva, muncul penjaring gol kemenangan JDT pada minit ke-68.

Pasukan gergasi Liga Super itu seterusnya akan berdepan kelab United Kingdom, Cardiff City, di Pusat Sukan San Pedro Del Pinatar awal pagi Khamis ini.

Terdahulu, JDT membelasah kelab divisyen 5 Sepanyol, Real Murcia Imperial, 4-0, semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video