JUVENTUS 1 MANCHESTER UNITED 2
Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, menjelaskan tentang perasaan aneh yang dirasakannya ketika meraikan kejayaan pasukan itu menumpaskan bekas majikannya, Juventus, 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jose Mourinho itu hampir mengulangi kekalahan 0-1 di Old Trafford dua minggu lalu, selepas Cristiano Ronaldo menjaringkan gol voli menakjubkan pada minit ke-65 sebelum mereka bangkit mengubah keputusan itu menerusi jaringan sepakan percuma Juan Mata pada baki empat minit perlawanan.
Pogba kemudian melonjak keriangan ketika tekanan yang diberikannya memaksa Alex Sandro terjaring bola ke gawang sendiri berbaki kurang daripada seminit waktu sebenar, namun pemenang Piala Dunia itu mengakui perasaannya ketika itu bercampur-baur.
"Saya meraikannya tetapi ia perasaan yang aneh," katanya kepada BT Sport.
"Ia kemenangan yang indah. Saya dapat melihat penyokong Juve meraikan saya. Saya hargai apa yang mereka lakukan.
"Kami berdepan pasukan yang baik serta barisan pemain yang hebat.
"Apa yang penting adalah tiga mata yang kami peroleh.
"Inilah yang kami lakukan dalam tempoh beberapa minggu lalu. Bermain dengan baik sebagai satu pasukan.
"Perlawanan sentiasa ada 90 minit, kami teruskan tekanan di penghujung perlawanan dan kami berjaya," katanya lagi.