Paul Pogba akan meninggalkan Manchester United baik kontraknya tamat pada Jun, demikian menurut jurulatih peribadi pemain tengah itu.
Pemain antarabangsa Perancis yang bakal berusia 29 tahun minggu depan itu belum bersetuju dengan perjanjian baru bersama The Red Devils dan boleh berpindah secara percuma selepas habis musim ini.
Ia akan menjadi kali kedua Pogba meninggalkan United secara percuma selepas pemain itu pernah menyertai Juventus pada 2012 sebelum kembali semula empat tahun kemudian dengan yuran rekod dunia sebanyak £89.3 juta (RM488.4j) ketika itu.
Jurulatih kecergasannya, Meddy -- yang memiliki pelanggan dalam kalangan pemain elit lain yang mengikuti program latihan di pangkalannya, Dubai -- mendedahkan berkata Pogba masih berseronok di United terutama sejak perpindahan Cristiano Ronaldo ke England tahun lalu.
Namun, dia menganggap penghijrahan pemain itu boleh mendatangkan manfaat kepada kelab mahupun rakan sepasukannya yang lain.
“Mengenai Pogba, di penghujung Jun ini, dia tidak lagi menjadi pemain Manchester,” katanya kepada calciomercato.com.
"Saya rasa adalah wajar dia mencari tempat lain. Mungkin Manchester juga mahu memperbaharui pasukan dan perkara yang paling masuk akal ialah berpisah.
“Masanya sudah tiba untuk berubah dan mencuba cabaran, emosi dan persekitaran baru buat Pogba mahupun Manchester. Mereka perlu mencuba sesuatu yang berbeza dan mungkin kedua-dua pihak akan beroleh kegembiraan.
"Buat masa ini, saya rasa dia sedang berseronok. Mereka mempunyai pasukan yang bagus, khususnya sejak kembalinya Ronaldo. Masalahnya keputusan tidak memihak mereka.
"Seseorang pemain terkemuka tidak mahu membuang masanya dengan kejohanan kecil. Dia mahu terus bermotivasi demi mengejar trofi dan bercita-cita tinggi."
Pogba turut dalam barisan utama ketika United menundukkan Tottenham 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.