Skip to main content

Bola Sepak

Pochettino tuntut PSG perlu lebih menyengat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
PSG 2 MONACO 0 

Mauricio Pochettino menuntut pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), terus berusaha untuk meningkatkan lagi persembahan mereka susulan kemenangan 2-0 ke atas Monaco, awal pagi tadi. 


Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama ketika menentang bekas kelabnya itu di Parc des Princes termasuk merakam jaringan liga ke-100 peribadinya bersama PSG.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan asuhan Pochettino tersebut kembali selesa dengan kelebihan 13 mata di puncak selepas 18 perlawanan.

Walaupun, melebarkan rekod tanpa kalah liga kepada sembilan perlawanan, tuan rumah hanya mampu mencatat dua percubaan tepat iaitu menerusi sentuhan pemusnah Mbappe.

Walaupun mengakui ia sukar ditelankan di sebalik kehadiran ramai bintang dalam skuadnya, Pochettino menuntut mereka agar fokus dalam membina prestasi dominan sepanjang 90 minit permainan.

"Daripada segi keputusan, saya gembira. Daripada segi prestasi pula, kami mampu melakukan lebih baik," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.


 

"Kami membuat langkah kecil dalam soal peningkatan. Kami merupakan sebuah pasukan istimewa yang memiliki ciri-ciri istimewa. Kami perlu berkembang untuk mencapai keputusan yang hebat.

"Senario yang ideal adalah untuk menguasai 90 minit dengan mencipta peluang. Itulah cabarannya. Tetapi ciri-ciri pemain yang ada menyukarkan kami untuk mengekalkan tahap ini pada setiap tiga hari memandangkan persaingan hebat untuk merebut tempat. Setiap jurulatih mendambakannya tetapi cabarannya ialah untuk merealisasikannya. 

“Kami tidak melepaskan sebarang gol ketika menentang sebuah pasukan yang bagus seperti Monaco. Pasukan yang hebat, bertenaga yang cuba mengatur rentak dengan mematahkan hantaran kami.

“Kami tidak memperagakan prestasi seperti ketika bertemu Bruges tetapi kami menunjukkan prestasi profesional yang serius.

"Kami telah meningkat berbanding awal musim ini. Cabarannya ialah untuk bertambah baik lagi."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video