Mauricio Pochettino mengakui masa depan pemain tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen, berada di luar kawalan kelab London itu selepas perancang tengah tersebut dikaitkan dengan spekulasi perpindahan.
Eriksen, 26, bakal bergelar ejen bebas di penghujung musim depan dan perbincangan mengenai lanjutan kontraknya dilaporkan tergendala.
Barcelona dan Real Madrid merupakan antara pasukan yang dilihat mendahului untuk mendapatkan khidmatnya sekiranya dia meninggalkan London.
Eriksen muncul selaku antara pemain yang paling menyerlah sejak tiba daripada Ajax pada 2013 dan penghijrahannya keluar daripada Spurs dilihat bakal memberi kesan besar kepada pasukan.
Namun, Pochettino akur bahawa segala keputusan terletak di tangan Eriksen.
"Saya tidak begitu merana dengan situasi yang berlaku ini," kata Pochettino.
"Bola sepak adalah dinamik. Ia tentang seorang pengurus yang kadangkala tidak mampu mengawal keadaan.
"Sudah tentu Eriksen penting buat kami. Sebagai pengurus, anda pasti mahukan pemain sepertinya tetapi akhirnya ia bergantung kepada perbincangan.
"Tentunya hebat jika Eriksen kekal bersama kelab ini untuk tempoh yang lama. Jika tidak, dia berhak melakukan apa yang dia mahu.
"Dia gembira di sini, menunjukkan komitmen. Kemudian, apa yang berlaku di antara dia dan kelab bukan berada dalam kawalan kami."
Sementara itu, rakan sepasukan Eriksen, Mousa Dembele, turut dikaitkan dengan jalan keluar selepas dilihat gagal meraih tempat dalam pasukan musim ini.
Dembele, yang direhatkan sejak November lalu akibat kecederaan buku lali, kembali menyertai sesi latihan bersama Jan Vertonghen -- yang mengalami masalah di bahagian paha -- semalam tetapi Pochettino tidak dapat memberikan jaminan bahawa pemain berusia 31 tahun itu akan kekal bersama Spurs selepas jendela perpindahan bulan ini tamat.
"Saya tidak tahu," tambah pengurus dari Argentina itu.
"Ia bakal menjadi keputusan daripada kelab. Sudah tentu ia melibatkan pemain serta individu yang bersamanya.
"Ketika ini, saya tiada sebarang perkembangan. Dalam urusan itu, terdapat pihak lain yang terlibat, kemudian ia tentang perbincangan dan kelab melihat apa yang dimahukan mereka."
Dembele dan Vertonghen dilihat bakal terlepas aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Tranmere Rovers awal pagi esok tatkala mereka masih bergelut dengan kecergasan sambil Erik Lamela direhatkan akibat masalah kesihatan.